Select Page

TERRATECH 

Program TERRATECH, anjuran SMARTCAMP di bawah Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor, melibatkan kerjasama dengan komuniti setempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru UDA dan Laman Bakau Parit Kassim. Aktiviti utama termasuk penanaman benih dan pokok, serta pemuliharaan biodiversiti, bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti tentang kepentingan mengekalkan ekosistem tanah dan memupuk sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Aktiviti penanaman anak benih

Aktiviti penanaman pokok

KHIDMAT KOMUNITI LESTARI 

Program Khidmat Komuniti Lestari 2025, anjuran Kelab EcoChamps di bawah Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor, telah melibatkan kerjasama aktif dengan komuniti setempat di Taman Desa Idaman, Senai. Aktiviti program termasuk pembuangan pokok yang telah rosak, pembersihan kawasan tanaman, dan penggemburan tanah, bertujuan memulihara ekosistem tanah serta meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan kelestarian alam sekitar. Program ini juga memperkukuh hubungan antara universiti dan komuniti setempat melalui usaha bersama mengekalkan biodiversiti.

Pembuangan pokok yang telah rosak

Membersihkan Kawasan Tanaman

Penggemburan Tanah

UTM Open Day