Program Cakna Keselamatan bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga kolej mengenai aspek keselamatan diri serta tindakan yang perlu diambil dalam situasi kecemasan, bagi mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan bersedia.
Jawatankuasa Kolej Pelajar Keselamatan bersama Pegawai Keselamatan Universiti bergambar sebagai tanda kerjasama dalam memastikan persekitaran kolej sentiasa selamat dan terjamin.
Laporan Program Cakna Keselamatan Kolej Tuanku Canselor 2.0
Laporan Program Cakna Keselamatan ini merangkum aktiviti bagi meningkatkan kesedaran keselamatan melalui ceramah, demonstrasi dan latihan. Program ini berjaya membentuk sikap lebih peka terhadap keselamatan diri dan persekitaran.