
CAREER IGNITE PROGRAM : RESUME WRITING WORKSHOP
KOLEJ RAHMAN PUTRA, 6 Disember 2024. – Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Rahman Putra (JKMKRP) telah menganjurkan Career Ignite Program: Resume Writing Workshop yang berlangsung pada 6 Disember 2024 bertempat di Kolej Rahman Putra, UTM Skudai, Johor. Seramai 170 pelajar Universiti Teknologi Malaysia telah menyertai program ini. Program ini dijalankan bersama penceramah jemputan, Dr Raimi Bin Dewan yang telah memberi ceramah tentang cara penulisan resume yang betul dan mengikut piawaian pasaran masa ini. Program ini juga dilaksanakan bersama sebuah pertandingan Resume Writing Challenge.
Penganjuran Career Ignite Program: Resume Writing Workshop bertujuan memberi pendedahan mengenai format dan cara menyusun pengalaman kerja serta menonjolkan kemahiran relevan. Ini juga dapat membantu peserta mengenal pasti kelebihan diri dan cara mempamerkan pencapaian serta kepakaran dengan lebih efektif. Walaupun program ini dijalankan secara atas talian, namun program ini mendapat sambutan yang tinggi terutama sekali semasa aktiviti kuiz yang dilaksanakan oleh penceramah iaitu penyertaan seramai 108 orang. Seorang pemenang telah dianugerahi hadiah oleh Dr. Raimi iaitu saudara Muhammad Khatami.
Program ini dijalankan secara berinteraksi bersama penceramah dengan mengemukakan soalan berkenaan komponen-komponen yang diperlukan semasa menulis resume bagi menepati keperluan pasaran kini. Semasa program berlangsung, para peserta juga mengemukakan soalan berkenaan cara-cara untuk menghadiri sesi temuduga dengan betul. Penceramah telah memberikan jawapan yang amat berfaedah kepada peserta iaitu seseorang itu harus berani dan yakin tentang kemampuan diri.

Setelah ceramah berjaya dijalankan, pertanding penulisan resume berdasarkan input yang diberikan oleh Dr Raimi berlangsung selama seminggu. Hasil penulisan resume tersebut dinilai oleh Dr Raimi sendiri. Pertandingan tersebut telah menarik perhatian 33 orang pelajar yang mengambil bahagian. Terdapat 10 pemenang terbaik dipilih oleh Dr Raimi bagi pertandingan tersebut. Para pemenang diberikan hadiah tunai sebanyak RM20 seorang, sijil penghargaan serta publisiti pengumuman melalui platform media sosial Instagram Kolej Rahman Putra, @rahmanputra_utm.
Para pemenang 10 Terbaik bagi Resume Writing Challenge ialah Aisha Natalia Alisa Binti Khiril Muhyzam, Irfan Fahmie Binti Beitol @ Ahmad Nasrun, Joyce Tan Bei Ying, Lee Zee Ang, Muhammad Mu’az Bin Mazlan, Nooryn Husna Binti Osman, Muhammad Shahmuzamil Amin Bin Shainudin, Tan Jingxian dan Terrance Nawe Anak Medan.
Program ini dilihat dapat memberi impak positif kepada peserta itu sendiri terutama dalam aspek Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Melalui program ini, mereka akan menerima impak SDG berkaitan Pendidikan Berkualiti serta Pekerjaan Sesuai dan Pembangunan Ekonomi.
Career Ignite Program: Resume Writing Workshop sangat penting kepada peserta agar lebih memahami cara menghasilkan resume yang profesional dan kompetitif. Keyakinan diri para peserta juga meningkat apabila resume yang dihasilkan lebih menarik dan sesuai dengan keperluan pasaran kerja.