SIMENFERO UTM TARIK MINAT ATLET PARALIMPIK SSNS SMK ZA’BA
Kuala Pilah, 12 Dis. – Bertempat di Sekolah Sukan Negeri Sembilan (SSNS) SMK Za’ba, Kuala Pilah Negeri Sembilan,seramai lima orang penyelidik dari Kolej Rahman Putera (KRP), Bahagian Keselamatan dan Institut Ibnu Sina UTM JohorBahru, telah berjaya menjalankan program perpindahan ilmu berkenaan aktiviti Pelestarian Landskap Laman SimenferoUntuk Murid Berkeperluan Khas.
Program yang diketuai oleh Pengetua KRP, Prof. Madya Dr. Mohd Haizal bin Jamaludin, penceramah Ts. Mohd Hazri binIshak, fasilitator En. Mohd Haidi bin Samsuri, En. Mohd Shahrizal bin Jamaluddin, En. Mohd Najib bin Chinal@Zainal danEn. Mohd Firdaus bin Zainaluddin ini telah pun dihadiri oleh seramai 12 orang peserta yang terdiri daripada 3 orang GuruPendidikan Khas Integrasi, seorang pembantu pengurusan murid, serta 8 orang pelajar Pendidikan Khas Integrasi. Semuapelajar adalah merupakan atlet sukan paralimpik di sekolah berkenaan. Program berbentuk hands-on ini adalah bermatlamat untuk memberikan kemahiran tambahan kepada peserta berkenaankemahiran membuat binaan menggunakan teknologi simenfero. Teknologi ini juga terkenal dengan penggunaan bahanbinaannya yang murah, mudah dikerjakan, tahan lasak, serta tidak memerlukan kemahiran yang tinggi untukdilaksanakan.
Peserta diajar teknik mengikat jaring yang betul
Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan dilatih untuk membina binaan kerusi batu, meja batu,cendawan hiasan, tapak pejalan kaki serta pasu bunga hiasan dengan menggunakan bahan binaan seperti jaring keluli,simen, pasir dan beberapa bahan lain. Hasil binaan ini seterusnya dicat menggunakan cat berasaskan air dan cat jenis acrylic finishing gloss bagi memastikan ketahanan binaannya terhadap cuaca panas dan hujan.
Hasil binaan ini diletakkan di halaman sekolah sebagai tanda simbolik penghargaan kerjasama antara UTM dan pihaksekolah. Program telah berlangsung selama 2 hari bermula 12 Disember hingga 13 Disember 2023.
Peserta juga diajar teknik bancuhan cat yang betul
Program dirasmikan oleh Pengetua sekolah iaitu Tuan Haji Murad bin Nordin pada hari kedua program. Turut hadir dalammajlis perasmian penutup ini adalah guru-guru dari kelas pendidikan khas pembelajaran (KPKP) iaitu Pn. Nur Hanis Nadiabinti Hamzah, Pn. Norhamizah binti Mohd Kosnin, Pn. Murni Dzahira binti Mohd Shah, dan yang paling utama adalah En.Mohd Lukman Hakim bin Ariffi n yang mana berperanan sebagai tulang belakang program serta pemudahcara antaraUTM dan pihak sekolah dalam menjayakan program kali ini.
Kesemua peserta juga turut menerima sijil penyertaan dan buku Modul Asas Teknologi Simenfero dari pihak UTM. PihakUTM juga menerima sijil serta sebuah plak penghargaan dari pihak sekolah.
Sesi penutup program oleh Pengetua SSNS SMK Za’ba
Kajian soal selidik yang dijalankan ke atas para peserta menunjukkan bahawa program ini telah berjaya memberikanimpak ke atas mereka bukan sahaja dari segi peningkatan kemahiran, malah ianya juga mempertingkatkan daya kreativitipeserta dalam membina produk berasaskan teknologi simenfero. Diharapkan agar ilmu yang disampaikan melalui program ini dapat dimenafaatkan oleh peserta dengan sebaik mungkin.