Pada 2 November yang lepas, satu pertandingan Ultimate Disc, “Techno Ultimate Invitational ’19” telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Perdana dengan kerjasama pasukan Techno Ultimate Frisbee di Stadium Azman Hashim UTM Skudai. Anjuran tersebut membuka tirai pertandingan dengan penyertaan 6 pasukan yang mewakili universiti di Malaysia seperti UTem, UM, dan UPM. Antara objektif program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pengaruh sukan frisbee di peringkat Malaysia terutama sekali di peringkat universiti dan menjadikan sukan ini sebagai sukan yang diiktiraf oleh semua universiti yang terdapat mahasiswa yang menggiatkannya. Pertandingan ini menutup tirai dengan acara perasmian penutup oleh Prof. Madya Dr. Azlan bin Abdul Latip, Pengarah Pembangunan Aktiviti Pelajar UTM Skudai dan penyampaian hadiah kepada para pemenang.