Seramai 17 mahasiswa yang terdiri daripada barisan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej Perdana UTM diiringi oleh lima pegawai pengiring telah menganjurkan Global Outreach Programme (GOP) “Kembara Ilmu Perdana Palembang 2019” di Lembah Dempo, Pagar Alam.

Program ini merupakan hasil jalinan kerjasa antara pihak UTM bersama Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi (STIE) dan Akademik Manajemen Informasi Komputer (AMIK) Lembah Dempo. Program ini berlangsung dari 22 Julai sehingga 25 julai 2019 di Lembah Dempo.

Hari pertama program diisi dengan sambutan daripada Direktur STIE AMIK STMIK, Pak Lendi Rahmadi bersama seluruh pensyarah dan mahasiswa STIE AMIK STMIK. Sesi diteruskan dengan kuliah umum bertemakan Tantangan dan Peluang Pariwisata di Pagar Alam (Dalam Persprektif Manajemen Pariwisata). Pada sebelah petang pula terdapat aktiviti ice breaking antara mahasiswa UTM dan STIE. Setelah itu, ceramah motivasi kepentingan Bahasa Inggeris telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Murtadha Bin Mohamad kepada pelajar di My English Language Centre (MELC).

Sepanjang empat hari rombongan di Pagar Alam, banyak lokasi menarik yang telah dilawati oleh mahasiswa UTM. Antaranya ialah tapak bersejarah Megalit Tanjung Aro, kilang pemprosesan teh, Green Paradise, Pucak Rimau di kaki Gunung Dempo, Air TerjunLematang Indah dan Putra Abadi.