LAPORAN MAJLIS MALAM PUNCAK PERDANA XVII 2019

(MPP XVII ‘19)

Skudai, 12 April 2019 – Telah berlangsungnya majlis makan malam yang dikenali sebagai Malam Puncak Perdana (MPP) anjuran ahli Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej Perdana dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Program ini bertujuan memberi anugerah kepada mahasiswa/i Kolej Perdana yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang sepanjang sesi 2017/2018 serta mengalu-alukan kedatangan pelajar tahun pertama sebagai warga baru di Kolej Perdana. Program ini turut diadakan  bagi memberi inspirasi kepada pelajar kolej perdana yang lain untuk melibatkan diri secara aktif sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum untuk mencapai pencapaian terbaik.

Bertemakan “Floral Garden”, program yang diadakan di Pulai Spring Resort, Skudai, Johor ini telah dihadiri oleh penduduk kolej perdana dari block U5 U6 dan U7. Majlis turut dihidupkan dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor Utm, Prof. Dr. Durrishah Idrus serta pengetua Kolej Perdana, Dr. Norahim Ibrahim. Majlis pada malam itu dimulakan dengan bacaan doa serta ucapan aluan daripada pengarah program, Jamy Ong Swee Ai. Seterusnya, disusuli ucapan Timbalan Naib Canselor diiringi montaj persembahan yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Turut mewarnai majlis pada malam itu ialah persembahan dari artis terkenal tanah air, Syed Shamim.

        

Dalam ucapan Prof. Dr. Durrishah Idrus, matlamat penganjuran program ini adalah untuk memberi inspirasi dan menghargai pelajar tahun akhir atas semua sumbangan mereka kepada Kolej Perdana. Disamping itu, majlis ini juga ingin membawa semua penduduk Kolej Perdana  makan malam bersama sebagai satu keluarga besar yang akan saling membantu apabila memerlukan serta menggalakkan penduduk Kolej Perdana untuk mengambil bahagian secara aktif dalam semua program yang disediakan oleh pentadbiran serta memberi sokongan penuh terhadap program-program kolej di masa akan datang.

Manakala Dr. Norahim Ibrahim pula berkata, program yang dijalankan ini sangat bagus dan disokong sepenuhnya oleh beliau sebagai program yang dapat memupuk perpaduan dalam kalangan penduduk kolej dengan berasaskan konsep “Bangsa Malaysia”. Beliau berharap agar banyak lagi program dan aktiviti akan dapat dilaksanakan pada masa hadapan supaya pelajar bersaing untuk menyumbang dan berkhidmat di kolej serta cemerlang dalam aktiviti akademik dan kokurikulum.