Pada 11 Jun 2017 telah berlangsungnya program“sahur jangan tak sahur bersama adabi” yang diadakan di dataran u4 kolej perdana, utm Skudai. Majlis ini merupakan majlis yang diadakan dengan kerjasama produk optima sdn bhd (adabi consumer industries sdn bhd) dan Jawatankuasa kolej mahasiswa kolej perdana, Universiti teknologi malaysia  bagi memberi, membantu dan beramal jariah kepada pelajar Kolej Perdana dengan kerjasama daripada Produk Optima Sdn Bhd (ADABI Consumer Industeris Sdn Bhd) dalam memberikan makanan untuk sahur pada bulan ramadan secara percuma kepada mahasiswa kolej perdana.