MPPJ’17 (MAJLIS PENGHARGAAN DAN PERLANTIKAN JKM)

Program MALAM PUNCAK PERDANA KE-15 (MPP XV) telah diadakan pada 16 April 2017 di Perpustakaan Raja Zarith Sofiah.

Program ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada mahasiswa/i Kolej Perdana yang telah banyak menyumbang jasa demi kecemerlangan dan kegemilangan kolej. Penghargaan turut diberikan kepada mahasiswa/i yang cemerlang dalam bidang akademik. Selain itu, malam penghargaan ini juga bertujuan untuk memberi penghargaan kepada mantan pemimpin kolej yang telah berkhidmat dengan cemerlang dan memberi pengiktirafan kepada barisan kepimpinan JKM Kolej Perdana yang baru bagi sesi 2016/2017.