Life Transforming Urban Programme 2017 (LifT-UP’17), telah diadakan pada 11, 12 Mac 2017 dan 31 Mac 2017. Program “High Income Fast Track” telah diadakan pada 11dan 12 Mac 2017 dan bertempat di Makmal Latihan, Pusat Teknologi dan Komunikasi (CICT), UTM Johor. Peserta-peserta yang hadir telah diberikan pendedahan tentang tujuan program, crowdsourcing, tugasan pekerjaan yang ditawarkan dan lain-lain lagi. Program ini dilihat dapat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dalam menjana pendapatan sampingan dengan berbekalkan komputer atau laptop bersama capaian internet sahaja sekaligus dapat membina hubungan yang baik antara masyarakat bandar dengan mahasiswa.