Pada 24 Mac 2017 bertempat di Dataran U4, Kolej Perdana telah berlangsungnya progran anjuran Kolej dan juga Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Perdana iaitu program Greenday 2017 Fasa 1. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa dan mahasiswi Kolej Perdana tentang peri pentingnya menjaga kebersihan kolej, selain mengeratkan ukhuwah antara warga kolej. Greenday juga bertujuan untuk memberi galakan kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk sentiasa peka dengan keadaan di sekitar kolej tidak kira dari segi kebersihan atau keselamatan.