BULETIN EKSPIDISI GUNUNG BELUMUT

Pada tanggal 20 & 21 March 2015, telah diadakan Ekspidisi Mendaki Gunung Belumut, Kluang, Johor. Program anjuran Persatuan Kejuruteraan Awam (PEKA UTM) telah disertai seramai 49 pelajar yang terdiri daripada 16 perempuan dan 33 lelaki. Kesemua peserta yang terlibat adalah daripada Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM.

Sebelum tibanya hari program, AJK ekspidisi telah bermesyurarat untuk memastikan perjalanan program lancar. Peserta eskpidisi telah mengadakan latihan fizikal iaitu berjogging disekitar Lingkaran Ilmu pada waktu petang. Ini adalah bertujuan untuk mengembalikan dan menambah stamina para peserta sebelum mendaki Gunung Belumut. Kesemua peserta memberikan komitmen yang baik sepanjang program berlangsung.
Selain daripada persiapan fizikal, para peserta juga membuat persiapan kelengkapan ekspidisi seperti bekalan makanan, khemah dan lain-lain. Memandangkan program ini adalah selama 2 hari 1 malam, peralatan khemah untuk tempat penginapan adalah amat penting. Oleh itu, sehari sebelum bertolak, para peserta telah memeriksa alatan dan belajar cara-cara mendirikan khemah. Gotong – royong untuk menyiapkan bekalan makanan turut diadakan.

Pada 20 March 2015, tepat jam 2.15 pm para peserta telah berkumpul di hadapan Blok M46 Fakulti Kejuruteraan Awam untuk sesi taklimat sebelum pergerakan ke destinasi pada jam 2.30 pm dengan menaiki 2 buah bas universiti. Perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit untuk tiba ke destinasi Hutan Rekreasi Gunung Belumut, Kluang, Johor.

IMG-20150322-WA0049 IMG-20150322-WA0006

IMG-20150322-WA0015 IMG-20150321-WA0010

Setelah sampai, para peserta mendirikan khemah dan menunaikan Solat Asar. Selepas itu, para peserta menyiapkan diri untuk program pada sesi malam iaitu BBQ . Tepat jam 11.30 pm, aktiviti ditamatkan untuk memberi masa kepada para peserta berehat. Namun, sistem kawalan bergilir diadakan untuk memastikan tapak perkhemahan dalam keadaan selamat sepanjang malam. Unit Keselamatan Ekspidisi menjalankan tugas mengetuai sistem ini.

Pada 21 March 2015, hari yang dinantikan oleh para peserta untuk menawan puncak Gunung Belumut. Tepat jam 7.30 am, sesi taklimat diadakan oleh Pengarah Program dan Pihak Perhutanan. Ekspidisi mendaki ini turut disertai oleh 3 orang Ranger untuk mengawal pergerakan para peserta. Senaman pagi didahului sebelum peserta bergerak ke ‘track’ pendakian. Untuk tiba ke puncak, peserta perlu mendaki 2 buah gunung dengan jarak perjalanan sejauh 10.5 km. Empat checkpoint perlu dilalui sebelum tiba ke puncak dengan masa pendakian 4 jam 30 minit. Perjalanan agak mencabar kerana perlu melintasi balak yang tumbang, memanjat batu dan lain-lain. Akhirnya, pada jam 12.30 pm puncak Gunung Belumut Berjaya ditakluki oleh peserta FKA, UTM.

IMG-20150324-WA0021

IMG-20150324-WA0018  IMG-20150322-WA0007

 

IMG-20150321-WA0024        Semasa dipuncak, peserta berehat hampir 1 jam dan  makan tengah hari serta bergambar dengan panorama  sekeliling. Pada jam 1.30 pm, pergerakan turun ke kaki  gunung setelah menghilangkan penat. Pejalanan turun lebih  lancar memandangkan para peserta sudah tahu keadaan  sekeliling sepanjang ‘track. Masalah kekejangan otot tidak  dapat dinafikan berlaku, namun masalah ini dapat diatasi  kerana Unit Keselamatan telah bersedia dengan kelengkapan  First Aid. Pada jam 5.15 pm, kesemua peserta pendakian tiba  ke kaki gunung dengan selamat tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Pada jam 6.20 pm, bas yang membawa peserta ekspidsi meninggalkan perkarangan kawasan Hutan Rekreasi Gunung Belumut menuju ke UTM.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua AJK dan peserta.

 

IMG-20150321-WA0006