•Pusat Kaunseling pada awal penubuhannya dikenali sebagai Unit Pengurusan & Sokongan Pelajar (UPSP). UPSP pada masa itu berfungsi sebagai sebuah unit di bawah Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan berperanan  memberi khidmat bimbingan, kaunseling, konsultansi dan rujukan masalah pelajar.

 

• Kemudian, UPSP telah dinaik taraf kepada sebuah Pusat dan diletakkan di bawah Canseleri dan dikenali sebagai Pusat Kaunseling dan Kerjaya (PKK) pada penghujung tahun 2004.

 

• Walau bagaimanapun berkuatkuasa pada Februari 2009, PKK telah diletakkan di bawah kuasa Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEP&Alumni).

 

• Pada 5 Mac 2014  nama Pusat Kaunseling dan Kerjaya telah ditukar kepada Pusat Kaunseling (PK) selari dengan Pusat Kaunseling UTMJB setelah penubuhan  Unit Kerjaya pada tahun 2009.

 

• PK mempunyai peranan dalam menyediakan perkhidmatan berteraskan Pembangunan Sahsiah warga UTM terutama mahasiswa,  Kesihatan Mental,  Konsultasi Psikologi dan Kaunseling serta Pengukuran Psikologi.