Disediakan oleh: Sdra. Ahmad Luqman | Pembantu Felow KRP
Perlawanan karom melibatkan pelajar dan Majlis Felow
UTM SKUDAI, 21 Disember 2025 – Program Mini Games 2025 anjuran Rahman Entrepreneurship Club di bawah Open Day KRP telah berlangsung dengan jayanya selama tiga hari bermula 19 hingga 21 Disember 2025 bertempat di Dewan Sri Meranti, G01, Kolej Rahman Putra. Program ini berjaya menghimpunkan pelajar melalui pelbagai pertandingan permainan tradisional dan strategi yang mencabar minda serta mengeratkan hubungan silaturahim.
Program dimulakan pada 19 Disember 2025 dengan pertandingan Carrom yang berlangsung dari jam 8.30 malam hingga 11.00 malam. Pertandingan ini mencatatkan penyertaan paling ramai dengan format 2 lawan 2, sekali gus mencerminkan minat tinggi dalam kalangan peserta. Saingan sengit menyaksikan hanya satu pasukan dinobatkan sebagai juara.
Pada 20 Disember 2025, sesi siang dari jam 9.00 pagi hingga 2.30 petang diteruskan dengan pertandingan Catur dan Dam Haji. Kedua-dua permainan dijalankan secara 1 lawan 1 menggunakan sistem bracket. Walaupun Dam Haji mencatatkan jumlah penyertaan paling sedikit, pertandingan tetap berjalan lancar dan kompetitif. Acara ini melahirkan seorang pemenang Catur dan seorang pemenang Dam Haji. Pada malam yang sama, dari jam 8.30 malam hingga 11.00 malam, pertandingan Sahibba diadakan dengan format 1 lawan 1 lawan 1 lawan 1, dan seorang peserta berjaya muncul sebagai juara.
Sesi perlawanan scrabble
Program Mini Games 2025 melabuhkan tirainya pada 21 Disember 2025 dengan pertandingan Congkak yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 2.30 petang. Pertandingan 1 lawan 1 ini menampilkan kemahiran strategi dan tumpuan tinggi, sekali gus menobatkan seorang pemenang sebagai juara akhir program.
Secara keseluruhan, Mini Games 2025 bukan sahaja menjadi platform hiburan berinformasi sempena Open Day KRP, malah berjaya memupuk semangat kesukanan, pemikiran strategik serta kerjasama dalam kalangan peserta. Penganjur berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan dengan skala yang lebih besar dan penyertaan yang lebih meluas.