Projek Taman Herba Komuniti: Fasa 2 (Penanaman menggunakan Teknik Kultur Hugel)

Pada 28 Okt 2022, program Taman Herba Komuniti : Penanaman menggunakan Teknik Kultur Hugel telah diadakan di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, Kulai. Peserta-peserta terdiri daripada team KRP Riverdale, pelajar UTM, pelajar dan guru SMPK Vokasional Indahpura, Kulai, Komuniti Kenari, Komuniti Mutiara Rini dan Komuniti Jentayu telah menyertai program ini.
Tanaman teknik hugel kultur ini adalah satu teknik tanaman yang mempunyai beberapa lapisan (daripada bawah) iaitu:
1. kayu
2. ranting kayu
3. daun kering
4. daun hijau
5. sisa makanan & agrodyte
6. daun hijau
7. cardboard/ bekas telur dan
8. tanah organik
Penghargaan kepada Dr Huszalina kerana telah mengajar kami menggunakan teknik ini.
Antara pokok yang ditanam adalah jagung, pengaga, kunyit, ulam raja, daun kaduk dan pudina. Sokongan dan penglibatan semua pihak yang memberangsangkan amat dihargai dan diharapkan mampu memberi manfaat kepada kelestarian alam sekitar😁 kami turut menggunakan hampas kopi yang diberikan oleh starbuck sebagai sisa untuk di gunakan dalam teknik kultur hugel ini. Pelajar sekolah turut menyediakan sisa-sisa makanan dan tinja arnab untuk lapisan sisa di dalam pelaksanaan teknik kultur hugel dalam penanaman pokok herba.