Select Page

Bermula dari solat Maghrib berjemaah, diikuti solat Hajat dan doa Selamat, bacaan Surah Yassin dan solat Isyak berjemaah di Pejabat Kelab Fotokreatif pada malam Jumaat bersamaan 19 Mac 2015. Semua ahli Kelab Fotokreatif dijemput untuk menyertai aktiviti kerohanian bagi memuliakan permulaan organisasi baru iaitu Majlis Eksekutif, Exco dan Pengarah Program dan aktiviti-aktiviti yang bakal berlangsung pada tahun 2015 berjalan dengan berjaya dan lancar serta dirahmati oleh Allah S.W.T.

Diiringi doa dan hajat, kita sama-sama berharap perjalanan Kelab Fotokreatif pada tahun 2015 diadakan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya, dipertingkatkan kejayaan di dunia dan di akhirat serta dijauhkan daripada cacat cela dan malapetaka.

Mari kita sama-sama mendoakan kesejahteraan, kejayaan, kebahagiaan dan kebaikan dirasai bersama. Insyallah, Amin.