Select Page

PROGRAM UTM PHOTO CHALLENGE 2011

UTM Photo Challenge ini telah dijalankan pada 12 Mac 2011 di Bilik Kuliah 5, P19, Fakulti Kejuteraan Elektrik dan di sekitar Universiti Teknologi Malaysia. Program yang julung-julung kalinya ini telah  dipertanggungjawabkan kepada Muhamad Nur Amin Bin Abdull Rahman. UTM Photo Challenge adalah bertujuan untuk berkongsi dan mengaplikasikan ilmu fotografi dalam kalangan warga Universiti Teknologi Malaysia serta memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap peserta. UTM Photo Challenge  merupakan satu program yang memberi cabaran kepada seluruh warga UTM yang mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang fotografi melalui tugasan yang diberikan kepada para peserta sepanjang cabaran ini berlangsung. Cabaran ini melibatkan  pengambilan gambar di sekitar UTM bertujuan untuk menunjukkan kemegahan UTM ini sendiri dan  menjalinkan hubungan silaturrahim dalam kalangan peserta dan warga KFK.

Proses penghakiman telah berlangsung pada 13 Mac 2011 bertempat di Kelab Fotokreatif , Universiti Teknologi Malaysia. Penghakiman dilakukan berdasarkan dua ciri utama iaitu elemen-elemen fotografi yang ditonjolkan dalam gambar yang dipertandingkan dan betepatan dengan tema UTM Photo Challenge sendiri iaitu “ UTM WORLD CLASS ”. Pertandingan telah dihakimi oleh hakim jemputan dan alumni kelab Fotokreatif sendiri.

Secara keseluruhannya program ini berjaya mencapai matlamat yang telah dirancang walaupun tidak secara keseluruhannya. Program ini memberi faedah kepada semua pihak dalam membangunkan Kelab Fotokreatif serta individu yang terlibat. Sekiranya program ini akan diadakan lagi , penekanan terhadap semua aspek yang telah terlepas pandang perlulah dititik beratkan supaya program akan berjalan dengan lebih lancar lagi.

Kesimpulannya, walaupun menghadapi beberapa masalah pada awal gerak kerja, program yang dijalankan ini telah mencapai objektif kerana berjaya berjaya menonjolkan bakat fotografi dan minat para peserta dalam seni foto.  Hubungan silaturahim juga dapat dieratkan di kalangan ahli dengan semua pihak yang terlibat.