Select Page

PROGRAM PERTANDINGAN FUTSAL PIALA KFK 2011
KELAB FOTOKREATIF 2011
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Program Pertandingan Futsal Piala KFK 2011 adalah program yang julung kali diadakan oleh Kelab Fotokreatif. Program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan ikatan silaturrahim antara mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia, mahupun staf-staf agar lebih mengenali antara satu sama lain. Selain itu, program ini juga bertujuan membina satu hubungan yang lebih baik dan erat antara kelab / persatuan / jawatankuasa mahasiswa kolej-kolej. Di samping itu, dapat juga mencungkil dan mengasah bakat bagi mereka yang menyertainya.
Matlamat program ini ialah untuk mengeratkan hubungan dengan ahli-ahli dari kelab/persatuan lain dan juga antara mahasiswa-mahasiswi Universiti Teknoloogi Malaysia sendiri dan melahirkan sikap kerjasama dan saling membantu dalam kalangan ahli KFK sendiri. Selain itu, objektif program ini adalah mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga KFK dengan persatuan-persatuan, kelab-kelab, pihak HEMA UTMJB dan warga UTMJB yang lain. Di samping itu juga, program ini dapat memupuk semangat berpasukan dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi UTMJB dan dapat melahirkan mahasiswa-mahasiswi yang aktif dalam berpersatuan dan kelab.
Pengisian Program Pertandingan Futsal Piala KFK 2011 ini yang dapat dikongsikan di sini adalah seperti berikut. Ia telah dijalankan dari jam 7.30 pagi hingga 6.30 petang di Gelanggang Kolej 11, Universiti Teknologi Malaysia. Sepanjang pertandingan ini dijalankan, kami telah menguruskan sebanyak 27 pasukan yang terdiri daripada 7 pasukan terbuka wanita dan 20 pasukan terbuka lelaki. Pertandingan ini hanya berlansung selama satu hari. Sepanjang pertandingan dijalankan, beberapa masalah telah dikenalpasti. Antaranya ialah penyusunan pertandingan antara kumpulan-kumpulan yang mengambil bahagian. Salah satu faktor mengapa masalah ini timbul adalah, beberapa pasukan yang menyertai pertandingan ini, mempunyai ujian TECS di fakulti masing-masing. Tetapi, masalah ini dapat diatasi dengan bantuan semua AJK termasuk bantuan daripada pihak pengadil perlawanan. Selain itu, masalah yang kami hadapi juga ialah masalah cuaca iaitu hujan di sebelah petang. Namun, perlawanan diteruskan juga apabila hujan mulai reda. Secara keseluruhannya, pertandingan ini berjalan dengan lancar sehingga ke upacara penyampaian hadiah.