Select Page

Praktikal fotografi Pulau Pinang telah diadakan pada 11 Ogos 2015 hingga 18 Ogos 2015. Pengarah Program Izwan Bin Ismail, bertujuan untuk mempraktikkan teknik-teknik fotografi yang telah dipelajari sepanjang penyertaan peserta di Kelab Fotokreatif secara teori dan mahupun praktikal.

Antara objektif program ini ialah untuk mencungkil bakat dan mengasah kemahiran ahli dalam bidang fotografi. Selain daripada itu, ia dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri peserta melalui aktiviti yang dijalankan disamping dapat bertukar-tukar fikiran dan ilmu. Program praktikal fotografi ini juga dapat mendalamkan lagi minat ahli dalam bidang fotografi dan dapat membina ketahanan fizikal dan mental melalui aktiviti yang disediakan.

Seramai 34 orang peserta yang berjaya meneruskan program ini selama 6 hari 5 malam di sekitar bandar Georgetown, Pulau Pinang. Para peserta dikehendaki berkumpul di UTM dua hari sebelum praktikal bermula , 11 Ogos 2015 untuk membincangkan tugasan berkumpulan, taklimat prakikal, kelas asas fotografi dan lain-lain yang telah ditetapkan oleh pengarah program.

Antara tempat yang telah dilawati oleh para peserta sepanjang praktikal tersebut antaranya ialah  Penang National Park, Penang Hill, Penang Botanical Garden, Tanjung Marina City, Penang Municipal Park, P Ramlee House, Kek Lok Si, Penang Jetty, Penang Bird Park, Masjid Negeri, Teluk Duyung, Pantai Kerachut, Batu Feringgi, Colonial Penang Museum, Masjid Melayu Acheh, Khoo Kongsi, She Tek Tong Cheah Kongsi, Teochew Temple, Mahariamman Temple , Little India dan Masjid Kapitan Keling. Tema yang sesuai yang dinyatakan di lokasi-lokasi yang dinyatakan ialah sunset, nature, night photo, advertising photography, architecture, interior design, motion dan human interest.

Praktikal Fotografi Pulau Pinang telah ditamatkan apabila setiap kumpulan selesai membentangkan tugusan kumpulan yang telah diberikan oleh pihak majlis tertinggi.