Select Page

PRAKTIKAL FOTOGRAFI NEGERI SEMBILAN 2010

Program yang dianjurkan ini telah diadakan pada 26 sehingga 30 Disember 2010. Program ini telah dipertanggungjawabkna kepada Mohamad Nazreen Bin Hashim sebagai pengarah program.

Objektif program ini diadakan ialah untuk meningkatkan kemahiran penggunaan kamera dalam kalangan ahli kelab dan mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memupuk suasana pembelajaran dan mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari serta meningkatkan semangat kepimpinan melalui kumpulan.

Pada 26 Disember 2010, para peserta praktikal fotografi tiba di UTM. Kelas Studio Lighting diadakan bermula pada pukul 2.00 petang sehingga 4.00 petang. Pada sebelah malamnya pula, para fasilitator membuat pembentangan tentang teknik asas fotografi.

Keesokan harinya iaitu pada 27 Disember 2010, program diteruskan pada pukul 8.30 pagi dengan pembentangan kumpulan mengenai tajuk yang telah diberikan kepada kumpulan masing-masing. Setelah makan tengah hari, program diteruskan lagi dengan perbincangan dalam kumpulan mengenai tugasan yang telah diberikan. Perbincangan tersebut diteruskan pada sebelah malamnya selepas makan malam.

Pada 28 Disember 2010 pula, para peserta berkumpul di hadapan bangunan HEMA seawal jam 6.00 pagi dan bas mula bertolak ke Negeri Sembilan pada pukul 6.30 pagi. Praktikal fotografi sesi 1 bermula di Muzium Kota Lukut. Sesi 2 pula bermula pada sebelah petang di Ostrich Farm, Port Dickson. Sesi 3 diadakan di Teluk Kemang lalu disambung dengan sesi 4 pada waktu malam di tempat yang sama.

Sesi 5 pada 29 Disember 2010 bermula seawal jam 8.00 pagi di Port Dickson dan diteruskan dengan sesi 6 di Muzium Tentera Darat. Sesi seterusnya diteruskan selepas makan tengah hari di Kompleks Kraftangan, Seremban dan juga Lake Garden, Seremban. Praktikal diteruskan di City Park sehingga jam 7.00 malam. Sesi 9 diadakan di Teluk Kemang setelah makan malam.

Pada 30 Disember 2011, setelah check out daripada tempat penginapan, praktikal fotografi sesi10 bermula di Muzium Istana Seri Menanti. Sesi terakhir diteruskan selepas makan tengah hari di Bengkel Kraftangan. Bas bertolak balik ke UTM pada jam 4.30 petang. Pada jam 9.30 malam, para peserta tiba di UTM dan membuat pemulangan alatan masing-masing.

Tuntasnya, program ini berjalan dengan lancar dan tidak menghadapi banyak masalah sepanjang program ini berlangsung. Semoga program yang bermanfaat ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.