Select Page

Bagi program praktikal fotografi kali ini, destinasi yang telah dipilih oleh Kelab Fotokreatif Universiti Teknologi Malaysia (KFKUTM) ialah di Perak dan Cameron Highlands. Destinasi ini telah dipilih kerana terdapatnya kepelbagaian dari segi infrastruktur binaan, budaya, tempat-tempat yang menarik dan banyak lagi.

Tempat yang dikunjungi dan diterokai adalah di Kellie’s Castle, Perak Tong Temple, Cameron Lavender Garden, Strawberry Farm, Dataran MBI,Taman Agro-Teknologi MARDI, Taman Rekreasi Gunung Lang dan Taman Tasik Taiping.

Di setiap destinasi ini, pelbagai teknik-teknik fotografi dan pengambilan gambar dapat diadaptasikan mengikut kesesuaian. Antaranya ialah Human Interest, Street Photo, Architecture, Interior Design, Sunset Sunrise Silhouette, Nature, Panning, Motion, CLS dan Flash, Composition, Element of Art, Night Photography dan Landscape. Melalui program ini, para peserta dapat mempelajari teknik-teknik mengambil gambar dengan bimbingan fasilitator yang berpengalaman sekali gus, dapat membantu para peserta untuk mengasah bakat mereka.

Setiap kumpulan diberikan 4 tugasan, bertajuk music album, advertisement, horror dan bebas. Tugasan ini perlu diselesaikan di sana mengikut kreativiti, idea dan teknik yang betul dan menarik. Tugasan ini akan dibincangkan dan dinilai selepas sahaja pulang ke UTM.
#KFK #KFKUTMJB #PRAKPERON #PERAK-CAMERON