Select Page

MAMEP ialah satu majlis khas untuk memperkenalkan Majlis Eksekutif (ME), Exco dan Pengarah Program bagi tahun 2015. Majlis ini diadakan pada 7 Mac 2015 yang lalu bertempat di DK2 L50, di mana semua ahli kanan dan aktif telah diwajibkan hadir agar dapat mengetahui tunggak kepimpinan terbaru bagi Kelab Fotokreatif.

Selain daripada itu, majlis ini bertujuan memberi maklumat terbaru mengenai program yang akan dilangsungkan sepanjang tahun 2015 seperti tarikh dan ringkasan pelaksanaan program. Setiap tahun program seperti Majlis Ramah Mesra, Kelas Bimbingan 1 dan 2, dan lain-lain akan diadakan untuk memperkenalkan Kelab Fotokreatif kepada pelajar baru. Majlis ini bermula dengan memperkenalkan barisan Majlis Eksekutif. Objektif ME dan bajet setiap program juga telah dibentangkan untuk pengetahuan setiap ahli.

Majlis diteruskan dengan perbentangan bidang tugas dan perancangan bagi setiap exco. Exco terdiri daripada Exco Perhubungan dan Kebajikan (EPK), Exco Multimedia dan Dokumentasi (EMD), Exco Alatan (EA), Exco Usahawan (EU), Exco Fotovideo (EFV) dan Exco Konvo (EK). Seterusnya, perbentangan dari Pengarah bagi setiap program. Setiap Exco  dan Pengarah program telah menanda tangani Surat Aku Janji di hadapan hadirin bagi menimbulkan rasa tanggungjawab terhadap jawatan yang disandang. Cenderahati untuk Pengarah program juga telah diberi setelah selesai sahaja sesi tandatangan Surat Aku Janji.

Akhir sekali sebelum majlis berakhir, Presiden mengumumkan perkara-perkara yang telah berjaya diselesaikan dan bakal dilaksanakan.

– Majlis Memperkenalkan ME, Exco dan Pengarah Program 2015, KFK UTMJB.