Select Page

MAJLIS RAMAH MESRA DAN PAMERAN FOTOGRAFI  KELAB FOTOKREATIF 2011

Program ini telah diadakan pada 16 September 2011 di Dewan Banquet Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim , Universiti Teknologi Malaysia dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.Tujuan program ini dijalankan ialah bagi meraikan pelajar baru yang mendaftarkan diri sebagai ahli kelab Fotokreatif dan juga memberikan mereka pendedahan awal berkenaan seni fotografi dan kebaikan mengikut sebuah organisasi.

Antara objektif program ini pula ialah menjalinkan hubungan antara ahli baru mendaftar dan ahli lama. Selain itu, memperkenalkan dan menerangkan kepada ahli-ahli baru tentang struktur organisasi, dasar dan polisi kelab serta aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh Kelab Fotokreatif. Bukan itu sahaja, objektif program ini juga bertujuan untuk menyemai minat mahasiswa dan mahasiswi terhadap bidang fotografi dan untuk menyebarkan maklumat, memotivasikan diri, meningkatkan daya keyakinan diri dan kebaikan melibatkan diri dalam organisasi sosial seperti ini.

Namun begitu, terdapat beberapa masalah yang dihadapi seperti pertukaran tempat pada saat-saat akhir bagaimanapun hal tersebut dapat diatasi dengan adanya kerjasama dari semua pihak. Seramai 200 orang ahli baru telah telah terpilih dan dijemput hadir untuk memeriahkan majlis. Golongan ini terpilih berdasarkan tugasan yang telah diberikan oleh Majlis Tertinggi dan beberapa criteria yang telah ditetapkan oleh Majlis Eksekutif Kelab Fotokreatif.

Pameran telah dijalankan sebelum berlangsungnya Majlis Ramah Mesra ini. Pameran ini telah dibahagikan kepada  dua hari. Pameran pertama berlangsung pada Minggu Tranformasi Mahasiswa bersama-sama dengan persatuan-persatuan lain di dalam Universiti Teknologi Malaysia yang bertempat di Dataran Agora pada 7 dan 8 September 2011. Pameran kedua  berlangsung di foyer Perpustakaan Sultanah Zanariah bermula 12 hingga 15 September 2011. Pameran ini diadakan atas dasar objektif yang kukuh iaitu untuk memberikan pendedahan kepada seluruh warga universiti terutamanya mahasiswa dan mahasiswi yang baru mendaftar masuk berkaitan dengan gambar-gambar terbaik yang telah dihasilkan oleh ahli-ahli Kelab Fotokreatif, slot pengenalan tentang teknik mengambil gambar dan seterusnya mempromosikan tentang kewujudan kelab ini.

Pameran yang berlangsung selama enam hari itu ternyata mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan bilangan pelajar yang berminat untuk menyertai kelab seterusnya jelas sekali dapat memperkenalkan Kelab Fotokreatif ke seantero Universiti Teknologi Malaysia.