Select Page

Majlis Konvokesyen ke 54 di Universiti Teknologi Malaysia telah diadakan pada 25-27 April 2015. Seramai 50 orang ahli Kelab Fotokreatif UTM JB telah menjadi Unit Pengambilan Gambar Graduan Majlis Konvokesyen UTM ke-54, sebagai Jurugambar Rasmi UTM.

Terdiri kepada 5 buah unit, iaitu Unit Dewan, Studio, Editor, Urusetia dan Liputan. Program ini mengambil masa sebulan setengah dari gerak kerja sebelum, iaitu kelas photographer, kareo, lampu, kaunter, tiket, editing dan test shot; semasa, iaitu hari Majlis Konvokesyen berlangsung dan selepas, iaitu editing, qc, packaging dan pengeposan gambar.

Alhamdulillah, program ini berlangsung dengan jayanya.

Tidak lupa pula kepada semua graduan dan keluarga, yang telah menamatkan dalam bidang masing-masing dengan cemerlang.