Select Page

KUPMEP adalah singkatan daripada Kursus atau Kem Pemantapan dan Pengurusan Majlis Eksekutif, Exco dan Pengarah Program bagi tahun 2015. Kursus ini diadakan di A Famosa Resort, Melaka pada 27-28 Februari 2015, seramai 30 orang ahli turut menyertai.

Kursus ini bertujuan, memantapkan lagi ikatan silaturahim dan ukhwah sesama organisasi yang baru, seterusnya dapat mempermudahkan segala perjalanan aktiviti dan program yang bakal berlangsung serta dapat memutikkan buah fikiran dan cadangan yang padu demi memantapkan sesuatu program dan organisasi dengan lebih berjaya. Ice-braking, brain-storming dan beberapa aktiviti berkumpulan telah dijalankan sepanjang kursus ini berlangsung.