Select Page

Hari Keluarga Kelab Fotokreatif yang telah dianjurkan pada 13-14 Mac 2015 di Primaland Port Dickson Resort, bertemakan “Classical Kampung”, bertujuan merapatkan lagi ukhwah antara pihak luar, alumni dan ahli kfk dalam makan malam besar bersama dan pelbagai aktiviti berkumpulan turut disertai.

Hari Penghargaan kepada Majlis Eksekutif, Exco dan Pengarah Program 2014 serta ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan kesemua program KFK 2014. Tokoh Ahli Kelab Fotokreatif Terbaik dan Alumni Terbaik turut dicalonkan pemenang.

Selain itu, majlis dan video penyerahan kuasa oleh ME 2014 kepada ME 2015, dan video Majlis Eksekutif 2015 turut dipertontonkan.

KFK Photography Award 2014, di mana semua ahli KFK dapat menonjolkan bakat dan seni yang terpendam dalam menyertai pertandingan ini dalam beberapa kategori seperti Landscape, Nature, Architecture, Street Photo, Fine Art/ Still Life dan Advanced Editing.

Terima kasih kepada pengarah Program Hari Keluarga Kelab Fotokreatif iaitu Muhamad Taufiq Bin Abd Ghani, majlis tertinggi dan ahli jawatankuasa program kerana berjaya menjalankan tugas dan program ini dengan tulus dan berjaya.

Tahniah dan Terima Kasih Semua !