GESS Minilympics merupakan salah satu program dimana, semua pelajar
kejuruteraan kimia-gas daripada Tahun 1 sehingga Tahun 4 turut serta dan melibatkan
diri dalam pelbagai aktiviti dengan objektifnya, mengeratkan perhubungan antara
semua batch. Program ini telah dijalankan pada 27 Februari hingga 2 Mac 2019.
Pelajar dikenakan bayaran yang minima untuk menyertai setiap sukan dan permainan
yang diadakan. Antara sukan yang diadakan ialah bola tampar, futsal, bola baling,
bowling, E-Sport dan sukaneka.
Program dimulakan dengan permainan E-Sport iaitu Dota 2 yang telah dimainkan
pada 27 februari secara atas talian. Pada malam 28 februari pula, sukan futsal telah
diadakan pula di gelanggang futsal KTDI. Sambutan pada malam tersebut amat
meriah kerana kesemua pelajar turun untuk memberikan sokongan kepada pasukan
yang mewakili tahun mereka. Sukan futsal ini telah dimenangi oleh pasukan dari
tahun 4 menerusi penentuan sepakan penalti setelah mengalahkan pasukan dari tahun
3.
Pada pagi 1 Mac , sukan bola tampar telah diadakan di gelanggang KTC. Cuaca
yang tidak begitu panas telah menyemarakkan lagi semangat setiap peserta untuk
bertanding bagi memenangi tempat pertama. Sukan ini telah dimenangi oleh pelajar
dari tahun 2. Pada sebelah petang pula, sukan bola baling telah diadakan juga di
gelanggang KTC. Dengan mendapatkan khidmat daripada pengadil professional,
permainan dapat dijalankan dengan begitu lancar sekali walaupon berlaku sedikit
insiden yang tidak diingini berlaku. Pada sebelah malam pula, sukan bowling telah
berlangsung di Angsana Mall.
Pada hari terakhir, sukaneka telah diadakan pada waktu pagi. Permainan ini telah
mendapat sambutan yang baik kerana ianya amat menyeronokan dan menghiburkan.
Antara permainan yang diadakan ialah galah panjang, hidden sweets dan catch the
balloon. Pada sebelah petang pula, E sport telah diadakan di DSM. Banyak permainan
yang dianjurkan, antaranya Naruto dan PES. Permainan seperti Tarik tali, lari dalam
guni dan bola beracun juga diadakan sejurus tamatnya E Sport. Pada sebelah malam
pula, BBQ Night dan majlis penutup telah diadakan di DSM.