Orang dewasa memerlukan 6-8 jam tidur sehari. Kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang, manakala golongan warga usia emas memerlukan masa yang lebih pendek di antara 4-5 jam sehari. Masalah tidur merujuk kepada gangguan pada corak tidur.

 

Sebab-sebab utama yang boleh menyebabkan kecelaruan tidur anda:

1. Gaya hidup yang tidak teratur

2. Masalah-masalah fizikal seperti mengalami kesakitan, masalah pernafasan, kerap kencing waktu malam

3.Gangguan psikologikal atau penyakit mental contohnya  skizofrenia  ,  kemurungan, kebimbangan , stres dan lain-lain.

4. Penyalahgunaan dadah dan alkohol

5. Faktor persekitaran seperti terlalu bising, panas atau terang

 

Tanda-tanda dan gejala

1. Tidur yang terlalu banyak (hypersomnia)

2. Tidur yang terlalu sedikit (insomnia)

3. Kelakuan yang luarbiasa semasa tidur contohnya, berjalan dalam tidur (sleepwalking), bangun tiba-tiba dalam ketakutan(sleep terror),

kisaran gigi (tooth-grinding) dan sebagainya.

 

Kesan dan akibat

Masalah tidur boleh mengganggu pemikiran,emosi dan tingkah laku. Ia juga menjejaskan

kerja, pembelajaran dan perhubungan seharian. Anda akan :

  1. Cepat menjadi marah
  2. Sukar mengawal emosi
  3. Sukar memberi tumpuan/perhatian
  4. Kemungkinan boleh membuat kesilapan
  5. Berisiko terlibat dalam kemalangan dan kecederaan

 

Rawatan

1. Dapatkan bantuan profesional:

a. Doktor anda akan mengenal pasti penyebabnya dan memberi rawatan bergantung kepada sebab-sebab tersebut.

b. Rawatan tingkahlaku melibatkan cara amalan tidur yang sihat dan teknik relaksasi

c. Doktor anda mungkin akan memberi ubatan yang sesuai.

 

Masalah tidur boleh dicegah menerusi pendekatan berikut:

 

1. Mengamalkan rutin tidur yang sihat dan teratur

2. Mengamalkan gaya hidup sihat dan pengurusan stres yang baik.

3. Hindari dari penyalahgunaan dadah, alkohol dan bahan larangan yang lain

4. Patuh kepada rawatan untuk masalah-masalah fizikal atau mental.

 

Cara Pemulihan melalui amalan tidur yang sihat

 

1. Tukar tabiat anda

a. Berhenti merokok

b. Jangan tidur pada siang hari

c. Kurangkan pengambilan alkohol dan kopi

d. Bersenam di awal hari dan bukan sebelum masuk tidur

2. Ubahsuai persekitaran tidur anda

a. Gunakan bilik tidur hanya untuk tidur sahaja.

b. Pastikan persekitaran bilik tidur berkeadaan tenang dan selesa

3. Amalan sebelum tidur

a. Ikut jadual tidur yang tetap.

b. Jangan mengambil makanan yang terlalu berat sebelum tidur

c. Tidur bila rasa mengantuk

d. Berehat sebentar sebelum masuk tidur.

 

SUMBER : Pertubuhan Kesihatan Mental Malaysia